Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? - Surah Al- Faatir:3
asniloveschocolate:
Alhamdulillah, today is the fourth day of Ramadhan. Alhamdulillah, kerana Allah masih lagi memberi nikmat nafas dan memurahkan rezeki kita semua untuk saat ini.
Bercakap tentang rezeki, Alhamdulillah, two days before Ramadhan, a senior friend of Abdul called him and offered him a position in a corporation. The salary is fairly good but most importantly, the job scope suits his interest and LL.M qualification. Nothing is confirmed though. He's still deciding as he still loves his current job. Istikharah is the answer. Insya-Allah, he'll make up his mind soon.
On the same note, Alhamdulillah, a day before Ramadhan, my firm's HR officer called and told me something that is rather unexpected but which I considered as rezeki Ramadhan. (and rezeki Baby B). Thank you Allah and thank you to the Big Boss. Alhamdulillah.
Tetapi benarlah kata-kata Allah dalam Surah Saba': 36:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)."
Hari ini, setelah hanya beberapa minit menutup pintu utama rumah untuk keluar ke tempat kerja, Abdul kembali ke dalam. I asked him why. He smiled and said: "Kasut Timberland saya kena curi." After that, he went back outside dan pergi kerja. Seriously, saya kagum sungguh. Tidak melenting langsung padahal saya tahu, that particular pair of shoes adalah his favourite. Masih baru dan agak mahal. Pelik juga dengan sistem keselamatan tempat kediaman kami, CCTV ada, jaga ada, grill pon dipasang. Macamana that particular person boleh curi Abdul's shoes? I called Abah and he said: "Takpelah, bukan rezeki Asib." Kagum juga dengan reaksi Abah yang cool. Few minutes after that, Abdul called and he said: "Yay, boleh beli kasut baru!" Sekali lagi saya kagum. Huhu.
*sepatu yang hilang*Terima kasih Ya Allah kerana mengambil semula sedikit rezeki yang diberikan. Mungkin sebagai peringatan.Sepasang sepatu hilang, tiada bandingannya dengan nikmat dan rezeki lain yang Allah berikan - nyawa, kasih-sayang, keluarga dan much much more...
Dan benarlah kata-kata Allah dalam Surah As-Syura:27:
"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata."
Wallahualam.