Tuesday, December 30, 2008

Demi Masa, Part II

Demi Masa

asniloveschocolate:

Akhirnya, dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk bersama-sama rakan-rakan dan keluarga. Izinkan saya berkongsi cerita dan sedikit gambar – gambar dengan anda semua:


Abdul dan saya sempat ke Bagan Lalang, pada malam Rabu lalu untuk menyertai Abah, Mak dan ipar-duai, basically all the in-laws, yang berkhemah & berbarbeku di tepi pantai. Sungguh seronok, tambahan pula dapat menjamah strawberi dan coklat yang lazat itu. Namun, perut saya yang agak meragam pada malam itu tidak menyebelahi saya untuk menikmati saat-saat gembira itu secara total.

Pada malam Krismas yang lepas, Abdul dan saya telah berpeluang menghadiri majlis akad nikah one of my deskmates when I was in Form 5, juga merangkap rakan baik saya dari TKC, yang sekarang bertugas sebagai seorang doktor, Fazlin Fadzil. Kesempatan yang ada juga dimanfaatkan untuk berjumpa kawan-kawan lama, Nana, Fizzy, Kiau, Firah, Haida, K.E dan Marr. Namun, kami tidak dapat berbual lama. Saya tiba-tiba dipanggil oleh mama Fazlin, untuk menemani Fazlin (dan juga untuk menjadi pemegang kasut pengantin). Terkebil-kebil saya dibuatnya. Haha. Comel sungguh pengalaman itu ;) Tahniah Dr. Fazlin & suami!

Baru seminggu kami balik ke Segamat dan pada hari Sabtu yang lepas, kami ke sana sekali lagi. Tapi kali ini untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan karib Abdul sejak sekolah menengah lagi, Khairul (who is now married to his high school sweetheart, Muzai - congratulations!).O-oh, tengoklah Abdul yang makin gemuk itu. Hehehe.

Oleh kerana terkilan dek tidak dapat menghadiri majlis akad nikah dan persandingan Ira di Kota Bharu, saya amat gembira sekali kerana dapat menyertai rakan - rakan lain untuk ke resepsi Ira & suami di Batu Caves pada hari Ahad yang lepas. Namun Abdul dan saya tidak dapat singgah lama kerana kami terpaksa bergegas ke KLIA pula. Ira, you're so beautiful on your wedding day. Everything's perfect. Don't worry too much, dear. P.E, jaga Ira elok-elok. :)

Ya, kami kemudian berkejaran pula ke KLIA untuk menghantar Amrah yang akan ke Melbourne, Australia. She is pursuing her postgraduate study (PhD) at Monash University for three - four years. Waa! Am so gonna miss you, bakal Doktor! Visit to Kajang won't be the same anymore! Huhu. All the best cuzzie!

Dan semalam, setelah beberapa kali merencana untuk berjumpa, saya akhirnya dapat meluangkan masa bersama K.Pah dan anak perempuannya yang comel, Madeeha di my favourite makan place, di Paddington House of Pancakes, The Curve. Comel sungguh melihat aksi-aksi luar biasa Madeeha di sana dan ketenangan K.Pah dalam melayani anak bongsunya. Sis, what a cool mommy, you are! Thanks again for the chocolate! Love the wrappers and the box too! :) Till we meet again, sister!

Dan hari ini, saya demam. Sememangnya sudah tidak berapa sihat sepanjang minggu lepas. Berkali-kali mengadu kepada Abdul, namun sekadar melepaskan apa yang terbuku, ajakan Abdul ke klinik tidak saya pedulikan. Nah, inilah akibatnya. Mungkin Allah mahu hapuskan dosa - dosa kecil saya sempena Tahun Baru ini. Moga - moga begitulah hendaknya. Saya redha. Salam Maal Hijrah, semuanya.

Tuesday, December 23, 2008

Wal asr.

Demi Masa

asniloveschocolate:

Setiap minggu, kami pasti menerima, jika tidak satu, dua kad jemputan perkahwinan. Sayangnya, kerana sibuk belajar di hujung minggu, saya terpaksa memaafkan diri sendiri kerana tidak dapat menghadiri majlis rakan-rakan dan saudara-mara terdekat.

Miera, bekas rakan sekuliah, kawan baik dan rakan sekerja sekarang, telah mengikat tali perkahwinannya pada bulan Oktober yang lalu. Setiap hari mendengar dia bercerita tentang majlis yang bakal diadakan, dan sekali-sekala menemaninya ke Pavilion untuk meninjau-ninjau cincin hantaran, membuatkan saya terkilan kerana tidak dapat menghadiri hari paling indah dalam hidupnya. Nasib baik saya sempat berkejar ke majlis sebelah lelaki selepas kelas pada minggu berikutnya, tetapi manakan sama. Apapun,congratulations, buddy!

Ira, bekas rakan sekuliah, teman serumah dan pengapit saya untuk majlis perkahwinan di Kota Bharu telah sah dimiliki oleh bekas teman sekerja beliau (kini suami) pada hari Jumaat yang lalu, 19 Disember 2008 dan akan berangkat ke Jeddah tidak lama lagi. Syukur kerana beberapa peluang untuk menemaninya mencari persalinan akad nikah dan persalinan majlis resepsi saya manfaatkan sepenuhnya. Terkilan sungguh saya kerana tidak dapat menunaikan hasratnya supaya saya menjadi pengapit dan seterusnya bersama-sama melalui pengalaman manis pada hari bersejarah beliau Ira & P.E, congratulations on your wedding.

Aja, bekas teman sekuliah, kini telah sah menjadi isteri. Sungguh terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis beliau di Jerantut, Pahang minggu lalu. Tahniah, kawan.

E-in, bekas rakan sekuliah dan teman rapat kini telah hamil 4.5 bulan. Gembira sungguh saya mendengar berita tersebut. Tetapi terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa bersamanya dan berkongsi cerita secara bersemuka.

Kano, bekas rakan sekuliah, teman rapat, kakak berlainan ibu bapa, dan pengapit saya untuk majlis di Johor, telah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Tawakal, pada 1.11 pagi tadi. Selamat datang ke dunia, awang! :) Terkilan sungguh rasa hati kerana tidak dapat berjumpa Kano seperti dirancang sebelum kelahiran awang. Alhamdulillah, saya dan Abdul berpeluang bertemu beliau dan suami, serta mendukung awang yang masih kemerah-merahan.Comel sungguh. Seperti tidak percaya, my favourite sister sudah punya bayi sendiri. Kagum dengan kuasa Ilahi.

Bagaimana anda? Alami nasib seperti saya? Tidak punya waktu untuk rakan dan saudara? Sabarlah ya. Setiap pengorbanan pasti ada harganya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Salam untuk semua!

Monday, December 22, 2008

Let's spend. Huhu.

Another Great Depression?

asniloveschocolate:

Despite the current economic slump, Abdul & Asni masih lagi pada dua minggu yang lalu :

(i) ke Ikea untuk meninjau - ninjau perabot di sana sebelum menikmati makan tengahari di one of the restaurants di Ikano;

(ii) cuba mengenang kembali zaman ceria kanak-kanak dengan membeli 'cotton candy' yang berwarna merah jambu di Ikano;

(ii) membelanjakan beberapa ringgit untuk menonton filem "Twilight" di pawagam, One Utama (sweet sungguh!). Tidak, jangan bandingkan dengan bukunya; dan


(ii) ke Yoshinoya untuk menikmati makan malam ala Jepun di One Utama.

Despite the present economic downslide, Abdul & Asni masih lagi pada minggu lepas:

(i) berdua-duaan ke Pavilion, KL untuk menonton "The Day The Earth Stood Still". Jangan! Jangan pergi! Kami kecewa sungguh dengan filemnya;

(i) pulang ke Johor untuk menyambut kepulangan Abah & Mak Abdul dari Mekah; dan

(ii) membeli-belah sedikit sebanyak peralatan telekomunikasi & persalinan kerja di Bukit Bintang, yang terkenal dengan kesesakan trafik itu.Huhu.

Despite the current quagmire, Abdul & Asni masih lagi, pada hari ini:

(i) menikmati sarapan pagi di kafeteria Ikea sebelum memborong sedikit-sebanyak barangan & perabot Ikea yang ditinjau pada dua minggu yang lalu dan menggunakan fasiliti 'Home Delivery Service' yang terdapat di sana kerana kereta kecil kami tidak mampu memuatkan semuanya;

(ii) membeli-belah sedikit-sebanyak persalinan kaki di Sogo, yang penuh sesak itu; dan

(iii) menjamu selera di tempat makan wajib, Nasi Lemak Antarabangsa! Yummy! :)

Hehehe.Bukankah the World Bank, in its most recent update for East Asia, "Navigating the Perfect Storm" has anticipated that the sluggish GDP growth in Malaysia for next year is, among others, due to lethargic consumer spending? Hehe. So, marilah berbelanja everyone! Don't use credit cards though (unless you're going to settle the outstanding amount a.s.a.p).Hikhik. ;)

Thursday, December 11, 2008

Merger, Take-over.

I hope if dogs take over the world, and they choose a king, they don't just go by size, because I bet there are some Chihuahuas with some good ideas.

asniloveschocolate:

Just got back from the office about half an hour ago, and am mentally fatigue and extremely sleepy. *yawn* So here I am, lying on our bed, in front of the laptop, with my eyes half - closed, heh.

Anyway, I was flipping through The Edge Malaysia, Business & Investment Weekly yesterday, when I came across this article - 'Merger of equals' with BA plays well for Qantas. (You can also found it here). Since then, there is this question which keeps bugging my mind - is there such thing as 'merger of equals' or 'friendly merger'? Or is it a mere take-over in disguise? Honestly, I am more keen to believe that it is the latter (based on the input given by the boss). Huhu. What say you? And how about MAS, Qantas and BA merger ? Can the deal fly? Hrmm...zZzzZzz...O.K.lah, am off to the Dreamland now ...zzzZzz...

Wednesday, December 10, 2008

Ija.

Women are like teabags. We don't know our true strength until we are in hot water!

asniloveschocolate:


She has lost both of her parents.


But she keeps on smiling, every second, every day.


And for that I discreetly admire her inexplicable inner strength.

*K.Ija dearie, Mira and I are going to miss you, lunch partner.
Take care and keep in touch, sis!

Hugs, hugs, hugs.

Tuesday, December 09, 2008

Ibadah Korban 2008

HIKMAH BERQURBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
asniloveschocolate:

Ibadah korban bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Saban tahun, setiap kali Aidiladha menjelang tiba, Ummi, Abah dan ahli keluarga lain pasti akan terlibat dalam menjalani ibadah tersebut. Namun, terus-terang saya katakan, setiap tahun, saya hanya akan memandang dari jauh; tidak sanggup melihat lembu yang bakal dikorbankan, meronta-ronta minta dilepaskan dari ikatan. Dan bukan sekadar itu. Saya juga tidak pasti samada saya mampu untuk melihat darah yang bakal tersembur keluar daripada haiwan sembelihan.

Namun, Aidiladha tahun ini cukup bermakna bagi saya. Ummi dan Abah yang berada jauh di Tanah Suci Mekah telah mengamanahkan saya untuk menjalani ibadah korban kali ini. Gentar hati saya memikirkan proses yang perlu dilalui dalam menjalani ibadah tersebut. Buat pertama kalinya, saya tidak lagi menjadi penonton jarak jauh. Terima kasih Allah dan terima kasih Ummi & Abah kerana memberi peluang untuk saya merasai pengalaman bererti ini.

Aidiladha kali ini juga rupanya mencipta kenangan tersendiri bagi Abdul. Inilah kali pertama Abdul menyaksikan sendiri ibadah korban dan terlibat sama dalam proses penyembelihan haiwan. Gambar di atas diambil semasa beliau asyik memegang tali yang mengikat lembu yang bakal dikorbankan. He was so excited! Comel sungguh melihat gelagatnya. ;) Alhamdulillah, berkat pengalaman pertama, Abdul kini tekad mengumpul dana. Kini, azamnya hanya satu, ingin melihat ibadah korban dilakukan oleh keluarganya di Johor pula. Saya doakan semoga tercapai hasratnya itu. :) Dan kepada anda-anda semua, semoga telah melalui pengalaman Aidiladha yang indah-indah belaka. Sampai nanti, assalamualaikum.

Friday, December 05, 2008

Of Natrabu and Eid-Adha 2008.

It is not their meat nor their blood, that reaches Allah: it is your piety that reaches Him: He has thus made them subject to you, that you may glorify Allah for his guidance to you: and proclaim the Good News to all who do right. - Al-Hajj:37.

asniloveschocolate:

Kempunan ingin ke Delicious untuk makan malam.Tetapi akhirnya Abdul dan saya menjamu selera di Restoran Natrabu yang terletak di off Jalan Tun Razak.

Makan malam berlaukkan masakan Minang, berlatarbelakangkan muzik Indonesia dan dilayani oleh pekerja-pekerja restoran yang berpakaian lengkap gaya Minang. Memang enak dan selesa. Namun, saya pilih untuk tidak ke sana lagi. Anda semua silalah cuba. Mungkin anda suka, mana tahu? :)

On a different note, Abdul and I will be off to Kota Bharu tomorrow morning. Yay! Siblings love, here I come! :) Salam Aidiladha 1429H to all Muslims out there! Abah &Ummi, Abah & Mak, may Allah protect you and accept your Hajj and may you return safely to us. Amin.

Till then, take care and be good, people! :)

Thursday, December 04, 2008

My husband is so sweet...

A man cannot reason with the woman he loves because he cares about her too much.

asniloveschocolate:

My husband is so sweet, he has officially declared Thursday as 'our breakfast day'. Sorry Kanot. ;)

My husband is so sweet, he would always think of the neatest ways to tell me he loves me, for example, he would collect the trash bags from the kitchen on daily basis to be dumped into the mobile garbage bin outside our house :)

My husband is so sweet, he brought home a newly-purchased router so that both of us can surf the Net, at anytime we want (read:so that he can play online football with Kanot, without any interruption from me.Heh.) How thoughtful. Teehee!



Wednesday, December 03, 2008

Carcosa Seri Negara

“Strange is the night where black stars rise, And twin moons circle in the skies, But the stranger still is Lost Carcosa. Song of my soul, my voice is dead; Die thou, unsung, as tears unshed shall dry and die in Lost Carcosa.”

Siang tadi, saya berkesempatan menghadiri satu seminar di Carcosa Seri Negara on Joint Ventures, Merger & Acquisition and Privatisation. Mari kita berkongsi sedikit ilmu , just some basic corporate knowledge yang saya timba di seminar satu hari itu ok? :)

(i) tag - along clause or piggyback rights

Should the majority shareholders of a company decide to sell their shares, this provision will enable the minority shareholders of such company to sell their shares to the same purchaser on the similar terms and conditions. Simply put, the minority shareholders will have the right to tag along with such sale of shares by the majority shareholders.

(ii) drag-along clause

Well, basically it is a reverse of the tag-along clause. Heh. This drag-along clause, will allow the majority shareholders to call for all shareholders including the minority shareholders to take part in a sale of all the shares to a third party purchaser, on the same terms and conditions negotiated between the majority shareholders and the purchaser.

(iii) golden share

A golden share is usually held by a government organization, in a government company which is undergoing the privatization process. More often than not, the golden share is intended , among others, to give the government veto powers over any major corporate action.

Konsep yang mudah untuk difahamikan? :) Oh, you may also wish to find out the reason behind the choice of name - 'Carcosa', as explained by Sir Frank Swettenham, to the Editor of “British Malaya”,
here. Interesting indeed.

Dan pada malam hari, berkesempatan untuk makan nasi lemak bersama Abdul, Abg Kimey dan Kanot di Malinja, berdekatan TAR College yang famous among IIUM students itu. ;) Sorry na Asni join, suami ajak, lagipon lapar.Huhu!