Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah...
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah...
Sekiranya bakal suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya dia adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya bakal suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya bakal suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya,
Sekiranya bakal suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suamiku kelak ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka, Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.
Ya Allah
Sesungguhnya...
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.
Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.
AMIN…AMIN…AMIN…
Ya rabbal ‘aalamin.
what asniloveschocolate thinks:
AMIN AMIN AMIN Ya rabbal 'alamin.
Abdul dearie,
By this day next week, insya Allah, I'll be your wife. Abdul Hasib's wife.
Abdul dearie,
Though I'm absolutely eager to be part of your life & your family, nonetheless, to tell you the truth, I'm actually scared & nervous at the same time.
Abdul dearie,
I'm truly sorry but it seems that all my feelings are mixed up right now. The fear of the unknown haunts me. And despite the fact that I'm sure that we are going to be incredibly happy together, yet, I'm anxious.Still. =(
Abdul dearie,
May Allah reward us with peace of mind and happiness....
May Allah give us guidance with His Deen...
May Allah bless our marriage and this union of ours...
May Allah purify our hearts and our intentions and give us success in building a family of truthful servants...
May Allah protect us all...
~AMIN~